Pages

Tuesday, April 14, 2009

its empty...

salam...
11 APRIL 2009..kami selamat bertunang..dan berharap ia akan kekal hingga akhir hayat.. cewahhh...mcm drama lak..tapi mmg itu doa aku...
tarikh tu membawa dua makna dalam idup aku...
first..umur aku genap 24thn...untuk umur 24thn ini aku masih terus melangkah untuk redah liku2 kehidupan ini...untuk umur ini juga aku mengharap kan keajaiban...
second...pada tarikh nie aku selamat bertunang dengan wadi..banyak sungguh dugaan untuk aku jayakan majlis nie...sedih? sampai sekrang aku masih rasa sedih,but aku tipu diri aku dengan mengatakan semua nya baik aja...
aku kna teruskan hidup ini walaupun hati aku luka berdarah sekali pun..sbb aku bukan nya terbaik untuk meluahkan rasa ketidakadilan yang telah aku alami..aku tak kisah sbb kekawan aku sentiasa ada kat sisi aku...
life aku tak seindah orang lain..walaupun aku cuba but aku sedar semakin ramai orang asing yang aku benar kan masuk kedunia aku semakin aku akan sukar untuk menjangka apa yang akan berlaku..untuk menjangka apa kah setiap orang yang memasuki dunia aku tue benar2 ikhlas or...
untuk pertunangan tue...aku tak mampu nak tulis apa yang berlaku semasa proses majlis tue berlaku...sbb ia tak seindah majlis orang yang aku pergi n tolong...aku cemburu?mestilah...kerana aku terpaksa makan ati untuk memasti majlis yang penting ini berjalan lancar..but aku tak kan lupa pada bantuan yang telah di hulur kan oleh kak ila,kak anne n naz...sory untuk sikap ahli2 dalam kuarga eca...
aku nak semua ini tamat..cepatlah tamat...biar aku kuar terus dari dunia mereka...aku dah penat...
penat untuk terus berada dalam persoalan...
dan aku kna hargai apa saja yang ada bersama aku sekarang...
hati aku? aku dah tak tau apa yang ati aku rasa..ianya terasa teramat kosong..buat aku rasa seperti ingin pergi jauh...jauh dari sini...seorang diri..aku dah penat..penat untuk terus dipersalahkan..penat untuk terus memahami..
penat untuk terus berpura2 yang aku tak kisah!!
selalu yang aku cuba buat ialah berpikiran positif..
apa pun keadaan or yang telah berlaku aku cuba berpikir positif..aku perlukan masa untuk diri aku sendiri...
hanya aku dan diri aku...
banyak pekara yang berlaku sekarang wat aku rasa putus asa dan kecewa...aku tak tau dah nak watpe..terus bertahan untuk apa..untuk apa yang berlaku wat aku rasa takde point untuk terus kan apa yang telah aku mulakan..aku nak g jauh...
hanya benar kan aku pergi kerana aku nak mencari tujuan hidup ku,mencari diriku yang ilang dan mencari kekuatan untuk aku terus menerima alasan...
maaf kan aku kekawan...
maafkan sayang yamour..
aku cuma dah penat dan ingin melangkah pergi...
maafkan aku...

Tuesday, April 7, 2009

BESDAY @ HARI LAHIR

salam..
dari kecik sampai besar,hanya sekali aku selebret besday aku,tu pun beramai dengan adik2 aku yang lain...kali pertama dan yang terakhir...kemudian aku kuar umah (masuk asrama) setiap kali besday aku hampir tiba,aku akan duk diam kat dalam bilik aku..walaupun tak mengharap orang akan ingat but aku tetap mengharap ucapan...
hadiah paling berharga aku dapat dari mak ada lah beg make up (masa aku kecik) dan rantai emas (simpan lagi sampai sekarang) but aku takde dah potong kek..
bila tengok orang lain sambut besday dengan family or kekawan or buah hati aku jeles but aku kna terima sebb aku yang asing kan dunia aku dari mereka.aku tak mengharap..tu jer alasan yang aku ada..
jadi setiap kali tiba tarikh tersebut aku akan menangis dan duk diam2 sbb aku takut n aku tak tau nak wat pe..namun aku akui masih ada lagi kekawan aku yang ingat mcm aini,joe..
sekarang nie kali terakhir aku sambut besday ada lah bersama dengan family ties tahun lepas,tahun nie..aku tak tau lagi aku kat mana...mungkin ajal akan menjemput ku,mungkin aku akan jadi tunangan orang lain dan mungki...segala kemungkinan akan berlaku...
apa pun ari tue akan tiba dan adakah aku dah bersedia untuk hari tersebut...
YA ALLAH,berilah kekuatan pada ku YA ALLAH...
senja yang menjelang bakal menutupi
cahaya matahari yang bersinar…
dan bulan akan menjelang..
jika malam sudi berkongsi ruang gelap nyer
untuk bulan menyinarkan cahaya nye..
senja itu dah bawa pergi waktu ku..
waktu yang tak mungkin dapat ku ulang..
dan malam yang bakal menjelang bakal mengelap kan
perjalanan ku,membuat ku hilang arah
membuat ku terpaku untuk mengerti…
ku berharap bintang sudi menghiasi
kegelapan malam yang kelam..
agar ku tahu diri ku tak bersendirian..
walaupun mungkin berteman,
aku sedari mungkin sekadar untuk seketika
kerana awan mendung mungkin akan
menutupi keindahan bintang dan bulan…
aku tak ingin berada dalam kegelapan,
kerana kegelapan blh menyesat kan diri ku…
dan aku juga tak ingin berada di keriuhan..
kerana keriuhan itu menyesak kan dada ku..
aku hanya ingin di temani..
aku hanya ingin bulan n bintang mengerti diriku..
aku tidak meminta terlalu banyak…
sekadar menemani diriku di dalam kegelapan..
kerana aku tak ingin sesat dan menangis
kerana aku takut kehilangan dan terluka..
kerana aku takut yang aku tak kan jumpa
jalan untuk kembali…
lalu aku meminta malam yang gelap
sudi memberikan ruang kepada bintang n bulan
untuk memberikan cahaya pada ku..
untuk menemani ku sehingga aku menemui
cahaya matahari ku…
saat untuk itu aku akan terus menanti…
kerana aku pasti yang ia nya akan ada untuk ku..
terima kasih kepada malam yang kelam ,
bintang yang bersinar,bulan yang bercahaya
dan matahari yang menerangi..
aku hargai usaha kalian untuk menemani
diri ku yang keseorangan..

....Love & Hurt....









kalo awak tak nak saya ambil tau
saya akan duduk diam dan lihat,
kalo awak tak nak saya tegur
saya akan duduk diam dan lihat,
kalo saya hanya mengganggu
saya akan duduk diam dan lihat,
kalo apa yang saya buat menyusahkan
saya akan duduk diam dan lihat,
kalo teguran saya itu mengguris rasa
saya akan duduk diam dan lihat,
kalo kata2 saya menyesak kan dada
saya akan duduk diam dan lihat,
kalo awak tak suka saya pk kan awak bila wat keputusan
saya akan duduk diam dan lihat...
Dan...
awak tak kan tau apa yang saya rasa
sbb awak mmg tak nak tau,
awak tak kan tau yang saya menangis
sbb awak tak nak tau,
awak tak kan tau yang saya terluka
sbb awak tak nak tau,
awak tak kan tau knapa saya diam
sbb awak tak nak tau,
awak tak kan tau bila saya wat sesuatu
sbb awak tak nak tau,
awak tak kan tau apa2
sbb awak tak nak tau...
Jadi....
saya akan buat apa yang awak minta
krn saya nak terbaik untuk awak,
saya akan buat apa yang awak ingin kan
krn saya nak yang terbaik untuk awak,
saya akan terus berada di sini
krn saya nak yang terbaik untk awak,

segala nya serba salah,seolah semua nya palsu..apa yang benar? tiada...hanya lah tipu untuk menyenangkan ati...
jujur? ada lah satu perkataan yang besar makna nye tapi tiada harga..
i love u...besar makna nya tapi tiada erti jika hanya lah sekadar ucapan tanpa memahami...
jadi saya akan duduk diam dan lihat kerana awak tak nak tau...

Sunday, April 5, 2009

OUTING SUKSES TEAM (TUTY)

salam...
dan selamat ceria....ari nie agak panjang masa nyer jadi aku terasa nak kongsi cerita untuk aktiviti pertama GROUP TUTY. pasa 0104 kami beramai menyertai outing yang hapenning buit simple yang diurus kan oleh cici dan dina natasha...aktiviti pertama kami ada lah ber main bowling di PLAZA FLAMINGo..
aku kuar umah dengan kak ila n yamour kol 12,g amik naz n g makan kat nasi padang di p[andan. dalam kol 1 tue kami gerak anta yamour dulu (dia penat tak cukup tido n tak sihat) then gerak ke office untuk anta budak kecik tue sekali gus mengambil stella di MC. gerak sampai ke flamingo dalam kol 2 masa tue geng zue semua nyer dah ada termsuk tuty,selisih dengan dina n cici kat pintu masuk...yang best paking kat situ banyak dan yang tak best nyer nak bayar parking tue kna pakai duit syiling(RM3 tue)..
puas kumpul,lepas gak...
game start dalam kol 2 lebih...aku group dengan stella n kak ila..stella paling menonjol game pertama dia menang but game ke 3 kak ila menang selepas minum kacip patimah. jadi kekawan lepas nie kita minun air kacip patimah untuk menambah kan tenaga k...dah paling best untuk game yang ke 3 tue aku strike 5 kali 0 yer hahahaha cian kat aku,rajin sngt nak cuci longkang...apa pun kami semua nyer enjoy..
habis game dalam kol 4.30 mcm tue..
balik umah aku dan stella tertido,aku pun sama..
6.50pm aku terbangun tue pun sbb kak ila kejut kan..gerak ker sogo untuk karaoke...mula kol 7...
kat karaoke tue yang paling menonjol ada lah dina n sally...aiyoooo...kuar kan suara jantan memasing...hmmm...best...!!! dalam kol 10pm tue sambut bestday bebudak bulan 3...
selamat hari lahir untuk shahir,stella, and dua orang lagi(aku tak ingat sih,sory...)
kami gerak balik dalam kol 10.30..sampai umah lepak2 tido...fuhhh...penat nyer...
next month nak g jalan lagi... GENTING!!!! tungguuuuu kami hahahahaha...
ok lah daaaaaa...

Tuesday, March 31, 2009

salam...
semakin dekat nak kahwin semakin aku berangin jer...nak marah jer...dah yang kna wadi..nasib baik lah dia sabar but sampai bila dia blh sabar kan...
betul cakap orang makin dekat dengan tarikh mcm2 dugaan yang mendatang..but betul ker cakap orang gak lepas jer semua nie semua nya akan ok balik?
ntah lah...hanya lah kata2 orang..betul tak betul... kita tengok lah nanti,sbb orang lain yang berkata2 n orang lain yang merasa...untuk bertunang nie pun wat aku tertekan....adusss...pening sih kepala gua...
tak kol pakteh n mak ngah...penting ker mereka tue...
aku jumpa abah ari tue..bawak wadi n adik sekali,abah mungkin tak dapat datang masa ari aku bertunang tue,cedih nyer..takpe yang penting dia datang masa aku nikah hahaha...
dan kesian mak kak ila,aku selalu pinjam kan anak dia untuk teman kan aku.thanks kak ila n naz..thanks juga pada dady sbb memahami baby huhuhu luv dady mmmmmuuuuaaaahhhh...
aku sayng dia sangat...
ari nie dapat gaji..tak banyak 2k..tolak2 semua langsung takde tinggal kat aku hahaha..adik nak...abah nak...
aku lak macm mana?
sape nak tanggung? hmmm...nanti aku korek tabung shiling aku yang ada 3 tu,g tukar k...hahaha..cukup ker sampai ujung bulan untuk gaji baru...
bulan 4 dah bakal menjelang,bermakna umur aku dah nak genap 24thn pada 11-04 sama tarikh dengan aku bertunang..fuhhhhh berdoa lah aku tenang dan semua nya akan berjalan dengan lancar...
sekarang nie kami nak cari umah...tak nak sewa nak beli lak..so khamis nie nak g tengok umah kat sungai besi.harga nyer 111k siap dengan kolam renang,guard..hmmm...kan bagus kalo ada gim sekali..blh lah aku kurus kan balik badan aku yang dah mcm paw kembang nie...hahaha...
harap rumah tue ok,kalo ok aku nak gabung slip gaji n belik dngan wadi..senang kan ada umah sendiri...
banyak impian aku dengan wadi..doa kan lah kami agar sentiasa bersama tak kira lah apa keadaan pun...
aku minta pada yang sayang kat aku...
pada yang dengki dengan aku,kalo korang puas dengan apa yang korang buat,berdoa lah balasan tue kna balik pada korang bukan nye pada anak2 sbb cian mereka yang tak tau hati busuk mak bapak diorang hahaha...
live for life...
salam...

Thursday, March 19, 2009

di saat nie aku masih tak pasti apa yang aku nak..
apa yang aku harap kan... aku tak tahu keputusan yang mana baik untuk diri aku sendiri dan untk orang yang aku sayng...
mengingati kisah lama menjadikan aku seperti seorang pembunuh...
membunuh hati dan orang yang mencintai aku...
kenangan yang tak mampu aku lepas menyebb kan aku lemas dalam masa...
terasa seperti aku nak pergi jauh, tapi adil ke pada wadi bila tetiba aku menjauh dan membuat dia seperti melaku kan kesalahan sdang kan aku yang memerlukan ruang dan waktu...
tapi seandai nyer aku bgtau kat dia,adakah dia blh terima? ada kah dia blh blajar untuk memahami knp aku wat keputusan mcm tue...
aku betul2 perlukan sangat ruang dan waktu untuk diri aku sendiri lebih2 lagi bila aku dah nak berkahwin nie..
bersedia ke aku nie...
blh ker aku laku kan...
giler kan aku nie...
bg wadi aku bg dia lagu "you are my everything"
aku harap dia tak kan rasa yang dia bukan yang terbaik bila dia baca blog aku nie...
dan yang penting sekali aku nak dia tau yang aku ucap kan terima kasih bebanyak sbb blh terima aku walaupun aku nie bukan lah baik sangat..
seperti kata eddie, "wadi dulu baik"..
aku tau aku jahat dan aku rasa yang sebenar nyer aku tak layak untuk wadi...
aku penat simpan rasa bersalah nie..rasa yang tak mampu aku kongsi dengan orang...
cuma aku blh cakap kat sini banyak pekara yang aku buat menyebab kan aku rasa bersalah dengan wadi...
maaf kan sayang..