Pages

Tuesday, April 7, 2009

senja yang menjelang bakal menutupi
cahaya matahari yang bersinar…
dan bulan akan menjelang..
jika malam sudi berkongsi ruang gelap nyer
untuk bulan menyinarkan cahaya nye..
senja itu dah bawa pergi waktu ku..
waktu yang tak mungkin dapat ku ulang..
dan malam yang bakal menjelang bakal mengelap kan
perjalanan ku,membuat ku hilang arah
membuat ku terpaku untuk mengerti…
ku berharap bintang sudi menghiasi
kegelapan malam yang kelam..
agar ku tahu diri ku tak bersendirian..
walaupun mungkin berteman,
aku sedari mungkin sekadar untuk seketika
kerana awan mendung mungkin akan
menutupi keindahan bintang dan bulan…
aku tak ingin berada dalam kegelapan,
kerana kegelapan blh menyesat kan diri ku…
dan aku juga tak ingin berada di keriuhan..
kerana keriuhan itu menyesak kan dada ku..
aku hanya ingin di temani..
aku hanya ingin bulan n bintang mengerti diriku..
aku tidak meminta terlalu banyak…
sekadar menemani diriku di dalam kegelapan..
kerana aku tak ingin sesat dan menangis
kerana aku takut kehilangan dan terluka..
kerana aku takut yang aku tak kan jumpa
jalan untuk kembali…
lalu aku meminta malam yang gelap
sudi memberikan ruang kepada bintang n bulan
untuk memberikan cahaya pada ku..
untuk menemani ku sehingga aku menemui
cahaya matahari ku…
saat untuk itu aku akan terus menanti…
kerana aku pasti yang ia nya akan ada untuk ku..
terima kasih kepada malam yang kelam ,
bintang yang bersinar,bulan yang bercahaya
dan matahari yang menerangi..
aku hargai usaha kalian untuk menemani
diri ku yang keseorangan..

No comments:

Post a Comment