Pages

Friday, December 18, 2009

hai...hai....hai....



salam...

lama nya aku tak update blog aku nie..banyak n mcm2 lah yang berlaku sejak kali terakhir aku update blog aku nie..abang achap sibuk suruh aku update..ntah apa lah yang dia nak aku update dalam nie..
hmm..yang pasti nya aku ada gak lah beberapa citer yang mungkin leh di kongsi kan..

antara peristiwa nyer...

raya... : raya ari tue aku tak dapat cuti, cuti yang aku apply semua nya di bg keje dari kol 10-10malam hingga lah ke 3.45ptg..bangga aku keje dengan Q yang nak mampus..but best nya sukses wat rumah terbuka dan mcm biasa lah aku masak masakan lemak cili api..huh..habis n licin..thanks kekawan yang suka makan masak lemak cili api aku tue yang mmg tak seberapa...

asmah..: aku dengan as dok kira bila yang dia akan bersalin..dan yang pasti nyer aku gak lah kena tolong dia wat surat,bagi aku tak de hal sbb dia tengah bawak anak buah aku dalam perut dia.best tau pegang perut dia bila baby tue bergerak.. ntah lah..sejak dua menjak dia mengandung tue mmg dia agak rapat dengan aku sampai bila aku cuti aku akan pasti kan hp aku hidup,takut kalo dia dalam kecemasan. dan yang pasti nya sekrang nie dia dah pun selamat melahirkan baby gurl yang sihat dan comel (sebiji ikut muka ayah dia). nama baby comel nie adriana maisara. setakat nie aku tak berpeluang untuk melawat mereka lagi,cuba call pun as tak angkat..mesti dia penat...apa pun aku doa kan mereka sihat dan dalam keadaan baik sentiasa..semoga ALLAH sentiasa bersama mereka.

adik aku : ari tue adik aku masuk hospital selama 10 ari lebih kurang lah..doktor cakap kencing dia kotor lah, denggi lah..darah kotor lah..dan tetiba dia sms aku cakap nak makan daging masak lemak cili api..aku n wadi mencari lah daging dan masak kan untuk dia.cian dia tunggu kami sampai lambat, sanggup tak makan tengah hari but bila kami sampai dia terus makan dengan lahap..lapar dia.. cian adik achik yang comei nie..aku sayang dia sangat sbb dia nyawa aku..walaupun tak cukup bajet aku sanggup berjimat untuk melawat dia lebih kerap,cuma masa dia kuar spital jer aku tak dapat jemput sbb aku keje..rindu nyer kat budak tomei...abg ong..cepat cari no phone adik i k..i redha jer kalo dapat adik ipar yang lebih tua..sbb i tau u seorang lelaki yang baik..
huhuhu..cayokkk....


laptop..: laptop aku tetiba rosak, tak leh nak buka,g hantar repair dia install kan windows 7, ok kejap jer pastu rosak balik..hmmm..kali nie langsung tak leh nak buka..nak wat mcm mana yer..apa yang rosak aku pun tak tau...nak cari laptop baru ntah lah,ada bajet ker? jadi sekrang nie aku just nak dapat kan satu laptop baru..mana nak cari yer..?

raya haji...: raya haji kami balik naik keretapi..ingat kan best lah, YA ALLAh dia punya sesak mcm2 bau ada..sampai aku kompius yang aku nie kat malaysia or berada dia indon? kesan dari kesesakan tue jari wadi di himpit oleh pintu tandas dan mengakibat kan kuku nyer rosak dan hancur.kat kelantan lak,musim hujan jadi nak kemana pun tak leh. .lepak lah kat umah dengan adik2 ipar aku..oleh kerana balik pada hari raya korban maka setiap ari aku makan daging...daging..daging..sampai aku minta wadi cari ayam..hmm..baru lega aku dapat makan ayam.dan untuk balik ke kl,kami naik bas perdana..yang nie pun satu masalah gak. aku duduk belakang pemandu..agak nyer pemandu tue lupa yang dia bawak bas bukan nyer kete saga aku..dia punya laju sampai aku pun buat action pijak break..wadi mcm biasa lah..naik bas terus tido...bagus jadi dia kan..aku langsung takleh nak tido...huh..lepas nie insaf tak nak dah naik bas n keretapi..

wadi...: wadi dah berjaya interview dia kan sirim..dia terpilih antara empat orang yang g..betapa seronok dia dapat keje kat sirim tue..aku lak risau nak bg dia ulang alik dari ampang ke sirim..jauh tue...aku takut dia sakit. pepun aku kongsi kegembiraan tue dengan dia.dan dia akan mula kan keje baru tue pada bulan satu nanti..terima kasih YA ALLAH sbb bg dia peluang tue...

dan aku?
aku mcm nie lah,..sentiasa berada dalam keadaan yang tak selesa dalam sukses nie..bosan dah dengan ugutan dan rungutan dari TL dan management..ada sesiapa blh tolong aku cari keje lain tak?

the ends..
salam.