Pages

Thursday, January 8, 2009

seribu tahun lagi..

rela ku menunggu mu...
seribu tahun lama lagi...
tapi benar kah hidup
aku kan selama ini yeah
biar berputar utara selatan
ku tak putus harapan
sedia setia...

rela ku mengejar mu
seribu batu jauh lagi...
tapi benar kah kaki ku kan tahan
sepanjang jalan ini
biar membisu burung bersiulan
tenanglah gelombang lautan
ku masih setia
adakah engkau yakin
demi cinta
adakah engkau pasti
ingin untuk selama lamanya

rela ku menunggumu seribu tahun lama lagi
tapi benarkah hidup
aku kan selama ini
yeah..
biar berputar utara selatan
ku tak putus harapan
sedia setia
jangan putus harapan
sedia setia...

kelip2 disangka api
kalau api mana puntung nya
hilang ghaib disangka mati
kalau mati di mana kubur nya..

Tak Bisa Jauh Dari Mu..

pernah berpikir untuk pergi..
dan terlintas tinggal kan kau sendiri
sampai dingin sudahi sampai disini
cuba lari dari kenyataan takdir..
tapi kutak bisa jauh dari mu..

lalu mau apa lagi...
kalo kita sudah tak saling tak mengerti
sampai kapan bertahan seperti ini..
dua ati bercampur emosi...
tapi ku tak bisa jauh.. jauh dari mu
ku tak bisa jauh..jauh dari mu..

sabar2 aku sedang sabar..
sedar2..telah sekian nya sedar..
kau dan aku tersiksa,
tak blh berpisah..
dan tak bisa jauh..jauh dari mu..
ku tak bisa jauh..jauh dari mu..5x

Wednesday, January 7, 2009

GENTING HIGHLAND 2

dan sekarang aku nak citer lak untk aktiviti satu hari kat sana...kami check in bilik dalam 3 lebih mcm tue lah,dan kami memulakan aktiviti outdoor dalam kol 4 lebih,hampir semua tempat yang mereka nak pergi aku just ikut. team outing lah katakan...tak ikut nanti kata nya takde semangat pasukan...banyak tempat yang aku teringin nak g tak dapat g,memang terasa bengang jugak lah dah tu nak wat mcm mana hanya aku sorang yang nak masuk yang lain nak main mainan yang berbeza.. dan aku akui rasa mcm bengang gak,dan naz tanya aku,harus ker kna ikut sahaja apa mereka nak main..bukan ker kita semua nya bayar dan mempunyai hak untuk main apa yang kita nak.. aku pun pk mcm tue,tapi aku takleh nak watper dan aku jugak terikat dengan ayat wadi iaitu "apa orang kata"...
susah nya hidup dengan ayat tue,kalo aku nak pk apa yang orang kata,mesti aku akan terus tinggal dalam gua...sbb nya semua benda yang kita wat salah dan mereka jer yang betul..
banyak gak aku terlepas kat sana sepanjang 2hari 1 malam.. dan malam tue sebenarnya aku dah penat malas nak g tengok wayang,but memikirkan tiket yang mahal dan semangat wadi nak teman kan aku,n sim n ong...
hakikatnya dalam panggung tue kami berempat hampir tidur hahahah...
but kesian kat kak ila,sbb demam dan naz tido mati kerana kepenatan...but yang paling best sempat gak kami layan citer hindustan KABHI KUSHI KABHI GAM....
esok nya bangun dekat kol 10.30,makan,mandi,kemas n balik...
balik tue tengok wayang lagi dan kali nie kami bertiga sahaja iaitu wadi,aku n sim..
sampai umah kol 6.30,kol 8mlm dah tido huhuhuu...
tue lah aktiviti yang paling menarik dan ari yang penuh untuk aku...

my lovely baby..

ari nie aku agak ayu lak gak,sbb kna pakai kebaya...hahahaha....kalo tengok rasa mcm tak percaya nie ada lah aku... cuba kalo jumpa kekawan aku or adik aku,mesti diorang akan kata nie aku ker...lawak kan...tapi apa yang aku pakai ari semua nya wadi bagi...
semlam aku g tengok wayang citer BEDTIME STORIES,dah tengok citer tue dua kali...but still best.. dan yang paling best baby comei aku beli kan aku MP3 jenama SONY WALKMAN warna pink n dia nyer warna hitam..sepasang,comei sangat...dan aku pun suka sangat...terima kasih sayang...
terharu aku semalam masa dia bg mp3 tue,penuh semangat dia tunggu aku balik dan yang lebih mengharukan ayat dia selepas tue " banyak lagi yang abg nak belikan untuk sayang,macam2 lah but takde kesempatan"... terasa sangat yang dia terlalu sayang kat aku,but aku jer yang tak berapa jaga dia...selalu pk yang bukan2,cemburu tak kena tempat...
jadi semalam selepas balik dari tengok wayang,kami bersungguh download lagu dari laptop dia,kesan nye kol 3 pagi baru tido...
abg cyg...i Love U... muahks... <3 <3 <3

Tuesday, January 6, 2009

GENTING HINGLAND....

5 & 6 lepas families ties wat program "terjah genting",,,satu programe yang menarik sebenarnya tapi aku taknak pergi sebenar,tetapi setelah pelbagai usaha yang dilaku kan oleh baby besar,ila dan naz akhir nya aku sampai gak kat sana... dan itulah kali pertama aku bawak kete naik kesana,tue pun terpaksa gak,kerana kete kabel tengah di service,kecewa lah teramat sbb baru berangan nak tangkap pic bebanyak sepanjang perjalan..hmmm..tapi oklah sekurang2nya aku dapat gak merasa satu cabaran baru sepanjang aku drive naik ke atas tue...
semangat kami gerak awal tau,alih2 yang lain lambat sebb bas bertolak lambat,takleh lah nak salah kan sesiapa kan..jadi dengan masa yang menunggu mencecah 4 jam lebih tue kami makan dan pusing2..
berkata mengenai makan..kami berlima kongsi membeli barang untuk dimasak dan di bwak ke genting...agak menjimatkan gak lah.. dan yang kelakar nya,konon aku nak masak mihoon goreng,jadi aku dan wadi bangunlah awal,tugas dia goreng sayur,tapi rasa nya dia enjoy or terlebih semangat kot untuk memasak,jadi dia msak semua sekali,dan bila bebudak nie makan,mereka tak percaya wadi yang masak... sedap...
but ada sesuatue yang tak best berlaku kat sana....
begini citer nya,masa achap sampai lebih kurang kol 1 kot,g reg kat theme park hotel dan masa g first world hotel untuk reg kan bilik roshie,aku n wadi tak ikut kerana kami tak jangka yang mereka akan pergi makan...dan msa tue kami tak assume yang bebudak lain dah sampai,jadi kami tunggu lama gak lah kat hotel theme park,then aku call naz tanya knp lama sangat,dan mereka bgtau yang diorang g makan..jadi kami decided lah nak tunggu kan dalam kete kerana aku mengaku yang kami penat dan mengantuk lagi..dan aku tak sangka lak pilihan untuk tunggu kat kete tu menyebab kan ADAWIYAH blh perli,kata nya takde semangat team. masa aku dengar benda nie disampai kan kat telinga aku rasa mcam panas dan bengang sangat..
dia tau tak berapa lama kami tunggu diorang kat situ sehingga diorang sampai... kata2 dia menyebabkan aku takde mood dah sebenarnya,rasa mcm nak start kete then balik,kalo tak kerana wadi n kekawan aku yang lain,mmg dah lama aku angkat kaki...
nak tau knp panas,sbb dah janji akan bergerak dari kl sentral 830pg,so kami yang naik kete sendiri nak pacntual sangat gerak pepagi kerana taknak terlewat,nasib baiklah diorang yang lambat tue naik bas kalo naik kete sendiri,dah berbakul2 aku perli balik tau...
nasib baik satu ari jer...kalo berhari2 tak tau lah...
k lah nak balik dulu...
daaaaa....

Friday, January 2, 2009

Today is Blues Day...


hmm...hari nie sangat lah membosan kan....sampai aku tertido kat WS,dah lah hujan dari pagi (hujan itu rahmat),baru aku niat nak naik baby sulung aku,but oleh kerana hujan terpaksa lah aku naik baby kedua aku...
hmmm...baby besar aku merajuk ari nie,katanya aku marah dia masa aku tengah tido,aku tak sedar pun masa aku marah dia cuma aku rasa mmg aku ada cakap dengan dia masa aku tido (ngigau lah gagagagaga)...tapi baby besar aku tue comel tau kalo merajuk,dan dia mmg comei...sayang bangat sama cowok gue huhuhu....
ari nie ada kawan aku tanya pendapat aku tentang keje baru yang dia dapat,aku just bg nasihat apa yang patut jer,lebih2 aku tak berani,lagipun dah ramai kawan aku yang dapat keje gomen,ada yang ucapkan selamat tinggal kat aku ada lak yang pergi begitu sahaja...sedih nya bila tangok mereka pergi but itu peluang yang terbaik,sbb nya kalo aku ada peluang mcm tue pun aku pergi gak...
huhuhuhuu...bulan nie aku harap semuanya baik2 belaka...

Thursday, January 1, 2009

aku adalah aku...


hari nie tahun baru telah menjelma...mmg rasa mcm lain sangat bila sebut 2009... dulu masa nak masuk tahun baru 2000, terlalu banyak spekulasi yang keluar tapi akhir nya malaysia masih begini hingga sekarang.. hari aku menaip bukan untuk puji negara ku yang tercinta nie but ada lah untuk sesuatu yang dah lama aku nak luahkan but masih aku simpan hingga sampai tahun baru yang dah pun menjelang... aku tak paham kenapa ada orang blh cakap aku nie sombong dan yang paling aku pelik knp nak cakap yang aku nie bangga sangat jadi awek wadi, i mean mentang2lah wadi tue Tl,bangga sangat ker dapat jadi buah ati TEAM LEADER nie.. dan orang yang cakap tue ada lah orang yang aku blh kira brape kali aku bercakap dengan dia dalam setahun nie.. first of all,aku tak pernah nak bangga jadi awek wadi bila aku kat dalam office. takde apa yang nak di bangga kan bila jadi awek TEAM LEADER... aku tau,sejak aku jadi awek dia mmg aku nie hampir di kenali oleh orang yang tak pernah aku kenal pun,but bila mereka tegur aku senyum gak,borak gak... ada ker aku paling muka or wat muka berlagak,takde rasa nya... aku jadi awek ERWAN WADI sebab aku nak kenal dia dan aku suka dia kerana diri dia bukan nya kerana di TL,lagipun masa kami couple pun dia tak jadi TL lagi,jadi aku tak paham knp blh kuar isu yang aku nie berlagak jadi awek TL WADI... cara aku berbeza dan cara wadi berbeza.. lagi pun bila aku kat office,takde rasa nya aku bangga2 ker,apa ker... aku tetap diri aku... kalo orang betul2 kenal aku.. jenis aku nie tak suka orang wat kan keputusan untuk aku...dan aku tak suka orang paksa aku,aku suka sendiri but aku nie blh dikata kan peramah gak lah..mungkin kerana aku nie terlalu simple but aku suka keadaan aku sekarang... walaupun roshie selalu cakap solek lah sikit or melawa lah sikit... but bg aku kalo aku nak melawa aku hanya melawa untk wadi sorang jer... jadi hanya wadi jer tau bila aku nie melawa...
but aku ucap kan terima kasih kat semua yang selalu nasihat or tegur aku.. aku tau diorang tegur pun untuk kebaikan aku. thanks kepada kekawan yang betul2 mengenali aku..