Pages

Tuesday, July 7, 2009

erti cinta,kehidupan dan kasih sayang...apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup?

sebenar..banyak yang aku nak tulis dalam blog aku nie...mcm2lah...terlalu banyak cuma aku tak tau nak mula kan mcm mana..

dalam seketika nie banyak yang aku lihat sama ada hidup aku or hidup orng lain..ada yang wat aku terkejut ada gak yang aku rasa memberikan aku pengajaran...

aku pernah tanya pada seorang kawan aku (dia nak berpisah dengan husband dia) apa yang dia suka pada suami dia... dia cakap suami dia adalah seorang yang kelakar dan dia suka orang yang kelakar,jadi aku terpk apa jadi kalo suami dah tak jadi seorang yang kelakar,apa kah dia akan stay dengan suami nya? jawapan nye.dia rasa dia dah takleh nak go on,sbb dah tiada keserasian...

keserasian...aku pernah pikir mengenai pekara tue sebelum aku kawin dengan wadi.....banyak pekara or sikap yang ada pada diri dia tak serasi dengan aku...contoh nyer alasan...aku tak suka orang bg alasan untuk sesuatu pekara yang aku leh buat but dia tak leh sbb dia rasa tak mampu...or sumthing yang aku rasa tak leh di terima akal...mcm mana nak cakap aku pun tak tau...
banyak sangat benda yang aku rsa aku tak leh terima dalam diri wadi...
but satu2 masa kekadang aku pk...manusia mana yang sempurna?
aku pun sendiri pun tak sempurna jadi mcm mana aku nak harap kan yang dia akan sempurna..mungkin ada yang aku mampu ( sbb aku nie jenis degil dan keras ati or redah je istilah lain nyer) dan orang lain tak mampu, jadi aku kna terus salah kan orang lain hanya kerana dia tak mampu jadi or buat mcm apa yang aku telah buat?...
masa kami bercinta, ada juga satu masa yang aku rasa mcm bosan sangat dengan perangai dia..dan aku rasa mcm jauh dari dia...kemudian aku teringat ayat satu pakar motivasi nie
ayat dia berbunyi mcm nie...
: jika kita rasa orang menjauhkan diri dari kita or terasa diri kita di abaikan,cuba kita lihat balik dalam diri dan hidup kita,sape sebenar nya yang menjauh kan diri...
jadi apa yang aku buat,aku tanya balik apa yang aku nak dari dia dan aku cuba untuk hidup kan suasana tue semula...
positif diri dan pemikiran...

kekadang kita yang menjadi kan diri kita negetif but kita tuduh orang lain yang negetif,pernah kita pk tak yang sebenar nya kita berharap orang tue bersikap mcm kita or mempunyai kisah mcm kita,jadi bila dia lain dari yang sepatutnya kita akan tuduh dia tue degil lah,teruk lah..bagus sangat ker diri kita?
nilai lah balik,sbb setiap manusia tue ada mempunyai kisah yang tersendiri..

hmm....dan cinta...bg aku...untuk memcintai seseorang kita tak perlu letak pape syarat untuk terus bersama dengan dia..
kna cantik lah,kena solid lah..encem lah...mesti kelakar..
selalu nyer bila kita nak kan sesuatu kita akan jarang dapat,sb ALLAH nak kita sendiri wujud kan apa yang kita nak tue dalam kehidupan kita...sbb jika kita mencintai seseorang tue dengan bersyarat,maka bila orang yang kita cinta tue dah tak seperti yang kita nak kan lagi, masih ada kah rasa untuk kita teruskan hidup bersama insan yang kita konon nya mengaku kita sayang?

dari yang aku berlajar untuk hidup bersama orang yang mencintai aku iaitu wadi,bukan lah senang..untuk terima dia dalam hidup aku bukanlah senang... bg dia akulah cinta pertama..untuk aku dia orang yang ntah ke berapa hadir dalam hidup aku...sering kali aku rasa yang dia tak pernah paham aku...kekadang aku rasa mcm berkira dengan aku..tetapi aku sedar walaupun aku marah dia..kekadang guris ati dia...dia tetap bersama dengan aku...sbb dia mencintai aku tanpa syarat..tak perlu cantik n kna bersolek...tak perlu kurus...hanya jadi diri sendiri..mudah kan untuk hidup dengan dia...
tetapi untuk dia hidup dengan aku,dia kna buang kan ego dia, dia kena blajar betapa sensetif nyer ati aku..betapa aku nie ada lah seorang pendendam..susah kan dia nak hidup dengan aku...but bila dia bersedia untuk menjadi seorang suami,lamaran tue tetap datang pada ku..betapa dia yakin yang aku blh menjadi seorang isteri yang baik...tanpa syarat...dia tak sayang kat aku sbb aku nie kelakar or cantik or rajin or apa2lah..dia sayang kat aku sbb dia mmg sayang kat aku tanpa sbb2 khusus...
begitu juga lah dengan aku...lama2 aku berlajar untuk menerima kelemahan dia..mana yang aku rasa tak betul aku tegur begitu jugak lah dengan dia...

mmg lah aku akui wadi mmg lah bukan senang nak berbicang..dia jarang nak mendengar dan lebih sensitif..jadi bila aku rasa aku perlu luah kan...aku akan luah kan walaupun aku tau dia tak bersedia or tak nak mendengar...aku akan paksa dia dengar supaya aku tak hidup dengan dia dalam keadaan marah n tak puas ati...

pada kekawan aku yang dah kawin or akan kawin..lelaki nie mmg lurus dan ambil mudah...kekadang mmg geram memikirkan sikap diorang yang tak sensetif...tapi bg mereka sebenarnya tanpa kita mmg mereka takleh hidup..(bg seorang yang betul2 adalah pencinta lah,lelaki buaya tak kot)
bayang kan..setiap ari kita bersama...mereka cium (bau)..peluk(kehangatan)...sentuh(perasaan ransangan)...dan segala yang memblh kan mereka tunjuk kan kasih sayang mereka... bagaimana jika kita takde satu hari..kita dah tak bersama...mungkin kah pada masa tue baru kita sedar bahawa walaupun dia dah tak sama seperti kita kenal dulu tetapi bila kita sedih or susah or mungkin sewaktu kita perlu kan seseorang..dia hadir,menghulurkan tangan nya..memberikan kita keyakinan dan kasih sayang yang mampu buat kita selesa...

jangan letak syarat untuk mencintai seseorang yang penting dalam hidup kita...jika dia dah tak seperti dulu,bantu dia untuk jadi kan diri dia seperti dulu...fahami dia kerana itu lah kita yang sebagai wanita ini di berikan sebuah kesabaran yang tak terhingga...dan kita sebagai manusia biasa pun kna gak nilai diri kita..jadi kan kita hebat baru lah pasangan kita pun hebat..

abg...sayang tau kekadang kata2 sayang blh meluka kan ati abg..tapi percayalah setiap kali sayang bersama abg,sayang sapat rasakan satu perasaaan yang tak mampu sayang ungkap kan...kita baru mula kan langkah yang kedua dan seterusnya..cuma sayang harap abg akan terus menjaga,mencintai dan bersama sayang tak kira apa pun keadaan kita di dlam susah dan senang...
terima kasih sbb izin kan sayang untuk menjadi suri hidup abg...
thanks abang...

No comments:

Post a Comment