Pages

Thursday, February 12, 2009

hari nie teramat lah bosan...jadi aku nak update lagi blog aku nie...
sebb tadi aku dah post kan cuti2 aku kat melaka secara ringkas,but sekarang nie oleh kerana aku terasa bosan tahap apa tah,aku pun nak merajin kan diri untuk bercerita perjalanan percutian aku n wadi di melaka selama 3 ari 2 malam...

01 FEB 2009

kami mula kan perjalanan kami pada jam 9 am dengan menaiki lrt ke PUDU.bas kami akan bertolak jam 10.30. naik bas gagap (KKKL) hahahaha...but biasa lah kl nie,tak kan panctual nya.jadi kami naik bas pada jam 10.45 dan sampai kat melaka dalam kol 12.40 mcm tue lah...terus call abg azmi untuk amik kete sewa (kancil- RM60/day),sementara tunggu abg azmi kami makan WAFFEL dan NASI AYAM BEBOLA,abg azmi sampai,g amik kete dan terus kan perjalanan mencari hotel iaitu BABA HOUSE yang terletak di taman laksamana.amik bilik yang di tempah dari awal untuk dua malam (RM75/night). berehat dan mula kan explorer pada jam 4.30 petang. tempat pertama yang kami pergi adalah MUZIUM MELAKA (tiket RM 2/orang) dan pusing2 kat dalam tue dalam masa 10 minit sbb dah nak tutup.tempat seterus nya adalah A FAMOSA,posing2 jap,klik sana klik sini terus kan langkah untuk memanjat tangga bapak lah tinggi,penatnya...huuuuu... dalam 10 minit sampai atas..pegi sana pegi sini,tangkap gambar mana yang best pastu turun ke muzium STAYHDUST (bangunan peninggalan belanda kalo tak salah) tak larat dah nak pusing sebb penat naik turun tangga dan bukit hahahahaha... mmg tak kan sempat nak g semua muzium kat sana sbb terlalu banyak mcm cendawan yang tumbuh selepas hujan...
jadi kami wat keputusan untuk berjalan2 di DATARAN PAHLAWAN. kami pusing2 kat situ..beli minyak wangi wadi (untuk hantaran), beli cincin mutiara aku nie (wadi beli kan) pastu nak g tengok wayang..satu jer masalah dataran pahlawan nie,tempat nye terlalu besar...mmg jauh giler lah kami jalan untuk mencari panggung tue..
dah beli tiket g makan kat kopitiam..
makan chicken chop + ais lemon tea + nasi goreng (dlm satu set ) hanya lah RM 9.90..murah kan? sedap lak tue...
dah tengok wayang semua,g mahkota prade lak..jejalan kat dalam tue..
aku tunjuk kan kat wadi tempat aku keje dulu,pastu g beli KFC sebagai makan malam,balik ke hotel dan berehat...

02 FEB 2009

kami bangus dalam kol 9.30 mcm tue..penat semalam masih terasa but semangat nak explorer ke AIR KEROH lak...
jadi dalam kol 10.30 g serapan kat CAFE baba house pastu gerak ke pasar besar lak untuk makan tengah hari.. nak bawak wadi makan asampedas kat kedai ex aku but dah tutup lak,kete ada lagi kat situ..jadi kami just makan nasi goreng ayam..sedap gak lah...pastu pusing2 kat dalam pasar besar tue,tengok apa yang patut...
lepas dah pusing kat dalam tue (sempat beli monoploly RM 15.90),kami gerak g ker melaka central lak untuk beli tiket balik (naik delima lak) pastu pusing2 kat tempat beg g beli beg lak (2 untuk RM50) lepas dah beli beg tu kami bertolak ke air keroh..
destinasi pertama adalah TAMAN BUAYA. dalam taman buaya of course lah ada buaya,semua jenis dari besar,kecik,panjang kontot,belakang bengkok dan cacat..
kemudian masuk kedalam rumah cermin ajaib but tak masuk habis sbb gelap sih kat bahagian belakang nya..
selepas taman buaya kami g TAMAN RAMA2 & REPTELIA..
kat sini kami blh lihat pelbagai jenis binatang yang comei dan ganas...dari burung ker ular ke buaya ke ntah lah terlalu banyak binatang kat dalam tue but mmg enjoy..
tempat terakhir ialah TAMAN MINI MALAYSIA...wadi mmg nak sangat pegi situ..pusing lah semua umah yang ada,amik pic sehingga habis bateri...
untuk ke ZOO melaka di batal kan sbb kami dah tak larat...hmmmm..
pastu aku bawak dia g PERKAMPONGAN PORTUGIS,niat aku nak bawak dia rasa iar mangga but kedai tak bukak lagi..masa tue dah kol 5.10pm..jadi kami amik keputusan untuk balik ke hotel untuk berehat dulu dan akan kuar balik dan kol 8pm untuk g ke perkampongan tue semula...but hajat kami tak kesampaian sbb bila kami sampai ke sana semula dalam kol 8.30 air mangga tue dah habis jadi kami cuba lak AIR LIMAU..ayoiii amat lah masam but habis gak untuk 6 cawan..sedap sangat berbaloi dengan harga..
kat perkampongan nie jangan tertipu dengan harga makanan nya sbb kat situ mmg dia kan tulis RM3/RM4/RM5..but tue adalah harga yang mengikut saiz pinggan...makan kat situ mmg puas hati sangat...
lepas makan kami terus kan perjalanan untuk menaiki EYES ON MALAYSIA lak... best nyer..dah lama aku nak naik,baru dapat hahahaha...dah habis pusing kami balik bilik untuk berehat...


03 FEB 2009
kami bangun awal,kol 8 mcm tue lah..bersiap..check out dan pergi ke mahkota parade semula untuk melawat mana yang sempat..serapan kat food courtnya dan bersedia untuk perjalanan yang seterus nya... mula2 kami naik MENARA TAMING sari untuk melihat keseluruhan bandar melaka..pening naik benda tue..
kemudian kami g melawat ke muzium PDRM...dan dalam kol 12.45 mcm tue bertolak ker melaka central untuk jumpa abg azmi dan pulang kan kete..
naik bas dalam kol 3,sampai kl dalam kol 5pm..hujan lebat giler hahahahaha...
sampai umah dalam kol 6.15pm...
pegi hanya dua beg,balik penuh dengan pelbagai beg...nasib baik tak naik kete sendiri,mau habis gaji aku untuk bulan nie shoping kat melaka...
GUD BYE MELAKA... miss u n c u next time..

tamat dah sudah pengambaraan kami selama 3 ari 2 malam...
huuuuhhhhhh...penat nya...

No comments:

Post a Comment